Laporan Kursus Pengendalian ICT dan Makmal Komputer






HARI PERTAMA ( 8 OKTOBER 2008 )
Sistem Aplikasi

: Meneroka Control Panel
Ä Accessibility Options
Ä Add New Hardware
Ä Add/Remove Programs
Ä Desktop Themes
Ä Internet Options
Ä User Accounts
Ä Network Connections
Ä Printers
Ä Security Center
Ä System
Ä Windows Firewall


Penyenggaraan Perisian Komputer

Ä Registry – regedit
Ä Configuration – msconfig.exe
Ä Group Policy Editor – gpedit.msc


Kewangan, Keceriaan, Manual Prosedur Kerja

Ä Panduan Makmal Berkesan

Ä Prosedur Penyenggaraan

Ä Buku Log




HARI KEDUA ( 9 OKTOBER 2008 )

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan


v Pekeliling TPA
v Bab A - Penerimaan
v Bab B - Pendaftaran
v Bab C - Penggunaan
v Bab D - Penyelenggaraan
v Bab E - Pelupusan
v Bab F – Kehilangan dan HapusKira
v Tatacara Pengisian


Kew P.A

v Kew P.A 1 – Kew P.A 31
Membina Blog

™ Mencipta alamat emel dalam Gmail
™ Membuka laman Blog ( http://www.blogger.com/ )
™ Membina blog (cth: http://skpp.blogspot.com/ )


HARI KETIGA ( 10 OKTOBER 2008 )


b Pembentangan Peserta Kursus

Ø Permasalahan dan Kerosakan
Ø Cadangan Penambahbaikan



b Perasmian Penutupan

Ø Ucapan Penghulu Kursus
Ø Ucapan Pengerusi Pasukan Petugas ICT
Ø Ucapan Pegawai Perasmi (Tn Hj. Kaipin Rosmin)
Ø Penyampaian Sijil dan Cenderahati
Ø Jamuan



Intipati Ucapan

Ucapan Penghulu Kursus – En Fazri Usidi
Mencadangkan agar guru penyelaras makmal komputer diberikan elaun kerana memikul dua tanggungjawab yang begitu besar dalam dunia pendidikan dan ICT. Beliau mengharapkan agar kursus ini menjadi suntikan kepada semua peserta agar dapat menunaikan kewajipan dengan penuh komitmen. Beliau juga menegaskan agar semua peserta untuk menjadikan jawatan penyelaras makmal komputer ini sebagai tanggungjawab dan bukan bebanan pada diri. Akhir sekali beliau berterimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kepada semua pasukan petugas ICT gabungan Keningau dan tuan rumah SK Pasir Puteh atas khidmat dan kesanggupan pihak terbabit menganjurkan kursus seumpama ini.

Ucapan Pengerusi Pasukan Petugas ICT – En. Chin Shu Ken
Menegaskan bahawa untuk menyediakan makmal yang berkualiti perlulah ada permulaan. Ia dimulai dengan prosedur kerja yang mantap dan ada kesungguhan. Setiap penyelaras perlu mempunyai inisiatif sendiri dan kreatif bagi mewujudkan satu makmal yang ceria, mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan dapat dijadikan sebagai pusat ilmu. Beliau turut mengharapkan semua makmal di daerah Keningau dapat berfungsi dan dapat digunakan seoptima mungkin kerana itu adalah sebahagian daripada misi pasukan petugas ICT. Pasukan beliau sedia memberikan bantuan perkhidmatan seperti mengadakan kursus dalaman kepada sekolah yang memerlukan bantuan ICT. Harapan beliau juga agar semua sekolah yang mempunyai makmal komputer dapat membina blog masing-masing untuk memudahkan interaksi dan respon kepada maklumat yang disediakan dalam blog tersebut. Segala ilmu yang diperolehi perlu dikongsi dengan rakan-rakan setugas kerana sedikit perkongsian akan menambahkan lagi ilmu tersebut. Akhir sekali, beliau meminta semua penyelaras dapat menghantar laporan makmal agar dapat beliau hantar kepada Unit ICT di PPG dan JPN untuk mengenalpasti makmal-makmal komputer yang bermasalah di daerah Keningau ini.

Ucapan Pegawai Perasmi – Tn Hj Kaipin Rosmin, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau.
Mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Petugas ICT yang menganjurkan kursus seumpama ini. Pasukan ini patut diberi pujian kerana aktif mengendalikan program-program ICT sehingga mendapat perhatian dari daerah-daerah lain. Beliau menegaskan tugas penyelaras makmal banyak memfokuskan kepada pengurusan makmal dan bersedia mewujudkan budaya ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah. Semua makmal haruslah mesra pengguna dan bersistem. Penyelaras komputer perlu mendedahkan pengisian kursus ini kepada gurubesar dan pengetua masing-masing agar dapat mewujudkan kesepakatan dalam mengendalikan makmal yang berkesan di sekolah itu nanti. Guru-guru yang membina blog digesa agar bertanggungjawab pada blog masing-masing. Menyentuh tentang elaun, beliau menganggap tiada yang mustahil, tetapi beliau mengingatkan sebagai guru, tanggungjawab utama adalah mengajar. Ini perlu dilaksanakan dengan sejujurnya agar Bahagian Sumber Manusia yakin guru dapat menguruskan makmal komputer yang dibekalkan dengan baik. Akhir ucapan beliau berterimakasih kepada tuan rumah yang menyediakan tempat kursus yang begitu selesa dan ceria dan memberi pujian kepada makmal SK Pasir Puteh yang sering dijadikan pusat kursus dan program-program ICT. Beliau berpesan kepada semua peserta kursus agar menjadikan makmal ini sebagai satu contoh dan dapat mewujudkan makmal yang lebih baik di masa akan datang. Beliau akhiri ucapan dengan harapan agar semua peserta dapat melestarikan kecemerlangan untuk semua murid.

0 comments